Buscar

Doa-doa Kecemerlangan Diri

  1. Doa tengok cermin
  2. Doa membuang lapan sifat negatif
  3. Doa membuka 12 pintu kebaikan
  4. Doa penerang hati
  5. Surah al-Waqi'ah
  6. Surah al-Kauthar
  7. Ayat Seribu Dinar
  8. Membaca surah al-Qadar 36 kali
  9. Membaca surah al-Iklas 1000 kali
  10. Membaca surah Yaasin setiap malam
  11. Membaca ayat Qursi pada 5 masa

Rahsia Tingkah Laku Ketika Bercakap




 Jangan terima bulat-bulat dan bukan semua ciri-ciri yang disenaraikan tepat dengan diri seseorang.

1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap
Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

2.Berpeluk tubuh ketika bercakap
Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.
3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

4.Mata dan dahi berkerut-kerut
Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa
Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap
Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher     kita ) sewaktu kita bercakap
Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang
Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap
Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

15 Kebaikan Sujud

Har ini saya selak-selak Majalah Nur aku dapat tahu pasal kebaikan sujud yang sebelum nih saya tau sikit sahaja, jadi, aku nak konsi dengan semua.






·        Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
·        Membetulkan pundit peranakan yang jatuh.
·        Melegakan sakit hernia
·        Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
·        Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
·        Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
·        Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan linkungan bahagian belakang tubuh.
·        Meringankan bahagian pelvis.
·        Memberi dorongan supaya mahu tidur.
·        Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika kan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini menjadikanya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
·        Bagi wanita, pergerakan oto itu menjadikan buah dadanya lebuh baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
·        Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
·        Pergerakan bahagian otot semasa sujud juga memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
·        Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
·        Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar dari penyakit salur darah.