Buscar

Salam dan terima kasih kepada anda diluar sana yang telah melawat ke blog Konatasi Kehidupan. Syukur Alhamdulillah diucapkan oleh pihak kami diatas penghargaan daripada pihak pembaca. Sebenarnya kami hanyalah menumpang akaun blogger yang dimiliki oleh abang salah seorang daripada kami sendiri untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan kepada kami.

Tujuan kami menulis blog ini adalah untuk berkongsi sedikit ilmu pengetahuan yang sedikit- sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita dalam kehidupan seharian. Untuk makluman para pembaca diluar sana kami merupakan sekumpulan pelajar yang terdiri daripada empat orang pelajar daripada Politeknik Seberang Perai. Kami berempat merupakan pelajar yang mengambil program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, dalam blog ini kami telah menulis sedikit sebanyak perkongsian ilmu pengetahuan yang dapat menerangkan beberapa Fakta Tentang Alam.

Kami memperkenalkan ahli kumpulan kami yang bernama Hafizuddin Aqrami Bin Mohd Shahrunnizam, Aiman Bin Abu Bakar Hamzah, Inamul Hasan Bin Jabhar Ali dan Muhammad Imran Afiq Bin Mohamad Fauzi. Sejujurnya dari pembelajaran kami ini telah meningkatkan ilmu pengetahuan kami dalam kehidupan seharian yang sebelum ini kami tidak sedari akan nikmat-nikmat yang Allah S.W.T telah berikan kepada hambanya yang dikasihi.



Fakta Tentang Alam

1. Kewujudan Siang Dan Malam
2. Dasar Laut Yang Dalam

Kewujudan Siang Dan Malam

Pendahuluan

  • Kejadian siang dan malam banyak memberikan kita pelbagai gambaran tentang kebesaran Allah S.W.T.Hal ini kerana ia berlaku secara semulajadi dan tiada sesiapa yang boleh mempertikaikannya.



  • Terdapat beberapa kajian berkaitan dengan kejadian siang dan malam seperti dalam sains dan islam.Sebahagian dari ayat Al-Quran juga ada menerangkan tentang kejadian siang dan malam.


Surah Al-Anbiya Ayat 33


Maksudnya :

Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).


Surah Al-Hajj Ayat 61


Maksudnya :

(Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku) kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasaNya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.



Proses Kejadian Siang dan Malam

  • Semua kejadian mengikut sunnatullah.
  • Tiada sesiapa yang boleh mengubah peraturan Allah.
  • Malam dan siang disebabkan phenomena bumi.
  • Bumi mengambil masa 24 jam untuk berputar.
  • Kawasan yang disinari matahari menjadi siang.
  • Kawasan yang tidak dapat cahaya jadi malam.

Hikmah Kejadian Siang Dan Malam

  • Bekerja mencari rezeki.
  • Menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
  • Berehat dan menunaikan ibadat solat dan ibadat sunnah.
  • Meluangkan masa dengan keluarga.


Dasar Laut Yang Gelap


Pendahuluan
  • Sebelum ahli pengkaji dan ilmuan menemukan bahawa dasar laut itu gelap gelita, Al-Quran telah pun menjelaskan keadaan laut sejak ribuan tahun dahulu.
  • Hal ini dibuktikan dengan surah Al-Quran yang bertajuk An-Nur ayat 40.
  • Tanpa bantuan teknologi yang canggih manusia semestinya tidak dapat membuktikan tentang perkara tersebut.

Surah An-Nur Ayat 40

Maksudnya :

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).


Rumusan
  • Kesemua kejadian alam yang berlaku di sekeliling kita adalah untuk manfaat manusia
  • Mengamalkan sifat wastiah ataupun kesederhanaan akan membawa kejayaan kepada kita.
  • Kita hendaklah bersyukur dengan rahmat yang diberikan seperti alam cakerawala.
  • Allah SWT akan memberikan ganjaran yang pahala yang besar kepada hambanya yang sentiasa bersyukur terhadap nikmat yang diberikan.

Coretan Hati 2

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah aku dapat melanjutkan pelajaran ke USIM dalam jurusan Syariah dan Undang-undang yang kini telah dinamakan semula kepada Undang-undang dan Syariah setelah memperoleh keputusan yang memberansangkan dalam STPM dulu. 

Apa yang mencabar buat aku apabila melangkah ke alam universiti ini adalah kuliahnya disampaikan dalam Bahasa Arab. Aku bukanlah tidak faham sangat apa yang disampaikan memandangkan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 aku mempelajari Bahasa Arab. Tapi yang menjadi masalah buat aku adalah untuk berinteraksi dengan ustaz dalam Bahasa Arab. Memang gigih nak susun ayat. 

Buat masa ni tu je aku nak kongsi. Moga sesiapa yang membaca dapat mendoakan kesejateraan dan kekuatan untuk aku berada di sini selama 5 tahun.

 

Puisi 12 : Kehilangan



Seseorang itu akan hadir tanpa diduga,
Pergi turut tidak diduga,
Lalu mengapa hati ini tidak merasa,
Perginya insan itu seakan tiada apa.

Namun kehilangan itu tetap dapat kurasakan,
Cuma ia hadir terlalu perlahan,
Seakan ia mempersendakan perasaanku,
Sungguh tidak tertahan rasa hatiku.

Oh Tuhan, bagaimana untuk aku padamkan rasa ini,
Kenangan bersamanya masih bermain di fikiran ini,
Telah berkali aku menafikan ia tetap bermain,
Bermain menggangu fikiran dan perasaan.

Puisi 11 : Luka di Hati



Hati ini mungkin mudah untuk kau takluki,
Namun ianya amat sukar untuk diubati,
Apakah ada ubat buat hati ini,
Sungguh aku rasa ia perlu diubati.

Mereka kata luka di luar mudah diubati,
Tetapi mengapa tidak luka di dalam,
Luka pada anggota perlukan ubat,
Bagaimana pula luka di hati?

Persoalan ini masih bermain di fikiran,
Adakah luka di hati amat sukar diubati,
Adakah ianya perlukan ubat,
Atau sekadar memaafkan dan melupakan.

Puisi 10 : Memori

Hari ini kita mampu untuk melihat,
kita mampu untuk berjalan,
malahan apa yang kita lihat itu kekal di ingatan,
amat sukar untuk dilupakan.

Benar kata sebilangan orang,
mereka yang hadir silih berganti,
namun memori itu akan tetap bermain di fikiran,
biarpun orang baharu hadir sebagai ganti.

Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,
kerana mereka itu adalah sesuatu yang membuatkan kita kuat,
kuat menghadapi hari mendatang,
dan mungkin menjadikan kau seorang yang keras.

Puisi 9 : Impian

Terkadang aku sendiri tidak tahu apa yang aku inginkan,
aku duduk termenung sendirian,
kalaulah kejayaan itu akan hadir tanpa usaha,
aku pasti sudah ramai yang berjaya.

Begitulah juga dengan impian,
impian takkan dapat dicapai dengan sendiri,
ia takkan datang bergolek begitu sahaja,
perlu adanya usaha dalam sesuatu perkara.

Impian ini bukanlah sesuatu yang samar,
ia perlulah suatu yang nyata,
jika samar impian kau,
samar jugalah apa yang kau akan capai.

Puisi 8 : Perubahan

Jika dahulu aku seorang yang sinis,
mengapa tidak aku menjadi seorang yang ceria,
jika aku ingin lakukan perubahan,
sudah tentu aku perlukan masa.

Sememangya manusia memerlukan masa untuk berubah,
usah dikongkong mereka yang ingin berubah,
jangan terlalu jumud membuat pengadilan,
kelak perubahan tidak akan terkesan.

Jangan terlalu taksub dalam penilaian,
sebaiknya nilailah dengan sepenuh hati,
kita manusia sering iri hati,
kelak akan memakan diri.