Buscar

Puisi 7 : Persoalan Kita

Terkadang kita tidak tahu apa yang diiginkan,
Hampir semua perkara kita inginkan,
Tidak terbeza yang mana nafsu dan kemahuan,
Lalu wang ringgit kita perjudikan.

GST bakal dilancarkan,
Entah apa terjadi kepada kita rakyat marhaen,
Terlalu banyak pro dan kontra dalam perlaksanaan,
Entah yang mana merupakan kenyataan.

Aku sebagai insan bawahan,
Ingin bertanya yang mana satu kenyataan,
Pembangkang dengan kenyataan mereka,
Kerajaan dengan pendirian mereka.

Lalu yang mana harus kita dengarkan?
Pembangkang atau kerajaan?

Imbas Kembali

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Terkadang aku bertapak tanpa arah tuju, terkadang aku cuba membuat hati berasa gembira, terkadang aku membuat orang ketawa. Namun adakah aku bahagia? Aku sendiri tidak tahu. Jika di dalam kelas aku jarang bersikap pasif. Ada sahaja perkara yang akan aku lakukan untuk memecahkan kesunyian suasana. 

Jika dahulu, rakan-rakan pernah mengatakan aku seorang yang serius ketika proses pembelajaran. Tetapi entah mengapa hari ini, keseriusan aku hilang entah ke mana. Ini bukan bermakna aku tidak fokus. Cuma aku merasakan kelainan ketika aku belajar. Mungkin sudah ada perempuan di dalam kelas? Aku rasakan tidak. Memang sikap aku dari dulu memang suka berjalan di dalam kelas. (bukan semua subjek)

Dahulu, aku merupakan seorang pengawas dan merupakan exco dalam badan pengawas sekolah aku. Orang-orang bawahan aku mengatakan aku tegas. Sehinggakan ada yang takut untuk berurusan dengan aku. Hahahaha. Kalau yang paling takut nak menegur aku adalah pengawas perempuan. Aku kalau bab tugas memang aku tegas. Memang tiada kompromi. Lelaki perempuan aku layan sama je. Tulah kot buat diaorang takut dengan aku. Tapi ikutkan aku tang mana tegasnya pun aku tak tahu.

Aku juga bukan seorang yang mudah menerima pendapat orang. (teguran aku boleh terima) Maksud aku semasa perbincangan. Jika ada mesyuarat pasti akan sahaja ketidak puashatian yang aku suarakan. Tidak kisahlah mesyuarat apa sekali pun. Kalau ada cikgu sekali pun aku suarakan. Malah Ketua Pengawas aku dulu pun aku persoalkan apa yang dia kemukakan dalam mesyuarat. Senang cerita, kalau ada perbincangan aku je yang banyak bersuara. Bukan jenis sesetengah orang yang hanya menurut sahaja.

Jika diimbas kembali kenangan persekolahan suatu ketika dahulu, ada sahaja kenangan yang mencuit hati. Tapi apakan daya masa tidak akan berpatah kembali. Kenangan tetap akan menjadi kenangan.

Puisi 6 : Aku

Kehidupan ini ada turun naiknya,
itu mereka yang kata,
bagi aku ada betulnya apa yang mereka kata,
kita hanya pendam dan simpan tiada kata.

Dahulu aku bukan begini,
keadaan yang merubah aku menjadi begini,
entah mengapa aku menjadi begini,
aku pun tidak pasti.

Apa yang aku pasti tentang diri aku,
aku kekal aku,
dan mungkin akan kekal sebegini,
kegilaan ini akan terus sebegini.

Puisi 5 : Terpaut

Biar kita melangkah senang,
jangan terlalu mengharap bantuan orang,
mulut mudah mungungkap senang,
agar hati menjadi tenang.

Bila hati ingin berpaut,
diri mudah menjadi penyangkut,
apabila selesai mereka bertaut,
kesudahannya apa yang ingin ku taut?


Puisi 4 : Taksub

Kadangkala aku terlalu taksub,
taksub dengan nikmat dunia,
telah sekian lama aku mengecapi nikmat ini,
adakah pernah aku bersyukur?

Sungguh aku malu,
malu dengan mereka yang kurang upaya,
aku melihat kekurangan mereka,
merupakan kekuatan buat mereka.

Tapi aku?
Ia boleh jadi kelemahan buat aku,
kerana boleh jadi aku makin jauh,
jauh dari sang Pencipta.

Puisi 3 : Soal Hati

Aku bukanlah manusia yang kuat imannya,
kadangkala lemah dengan permainan dunia,
terlalu alpa dengan usikan jiwa,
jiwa bergelora dengan dosa.

Hati manusia berbolak-balik sifatnya,
tiada siapa yang tahu apa isinya,
boleh jadi mereka berpura,
boleh jadi mereka memang setia.

Puisi 2 : Hidup

Hidup ini tidak dapat dijangka,
kadangkala menggembirakan,
kadangkala menyedihkan,
ia terlalu rumit buat kita sebagai hamba.

Siapa dapat menyangka apa akan terjadi kepada kita?
Tiada seorang pun yang dapat menjangka,
ahli nujum semuanya dusta,
yang tahu hanyalah sang Pencipta.

Puisi 1 : Janji

Manusia mudah menabur janji,
mereka merasakan janji ibarat mainan,
tiada lagi perlaksanaan selepas perjanjian,
yang tinggal hanyalah alasan tidak berkesudahan.

Apakah mereka tidak sedar yang mereka telah memberi harapan?
Nyatalah bahawa janji hanya sekadar ungkapan,
kata-kata yang akan hilang setelah diucapkan,
manusia picisan di zaman ini menghampakan.


Coretan Hati

 بسم الله الرحمان الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya sudah sekian lama aku menyepikan diri dalam dunia penulisan puisi, sudah tiada lagi karya yang aku hantar ke Berita Harian, Majalah Wanita dan lain-lain untuk mengisi ruangan puisi mereka.
Entah mengapa sejak akhir-akhir ini aku ingin menulis kembali puisi yang pada dulunya saban hari akan aku tulis.

Hidup aku mula berubah tatkala wujud seorang wanita yang boleh dikatakan aku suka, dia berjaya mengubah persepsi aku dalam penulisan puisi. Pada dulunya, aku hanya menulis puisi berkaitan kehidupan. Semenjak hadirnya dia dalam hidupku, aku mula berubah gaya penulisan ke arah percintaan. Entah mengapa hari ini, aku merasakan puisi yang aku tulis benar-benar terjadi di alam realiti wal hal perkara yang aku gambarkan hanya berlaku dalam penulisan puisi yang aku karang.

Aduh, sesungguhnya aku berasa sedih dengan apa yang berlaku. Entah mengapa hati ini bagai ditusuk sembilu bisa. Ha, dah boleh nyanyi dah ni. Haha. Okay sebenarnya tak sedih mana pun. Tapi aku nak bagitahu kalau dah jodoh tak ke mana. Perjalanan hidup ini semakin jauh. Tapi rugilah juga sebab aku dah kenalkan dia dengan keluarga tapi tak menjadi. Sedih kot "first love" lah katakan.



Orang kata pergi dan datangnya seseorang dalam hidup ini tanpa diduga dan kadangkala orang yang kita benar-benar suka itu tetap akan menjadi milik kita.