Buscar

Puisi 8 : Perubahan

Jika dahulu aku seorang yang sinis,
mengapa tidak aku menjadi seorang yang ceria,
jika aku ingin lakukan perubahan,
sudah tentu aku perlukan masa.

Sememangya manusia memerlukan masa untuk berubah,
usah dikongkong mereka yang ingin berubah,
jangan terlalu jumud membuat pengadilan,
kelak perubahan tidak akan terkesan.

Jangan terlalu taksub dalam penilaian,
sebaiknya nilailah dengan sepenuh hati,
kita manusia sering iri hati,
kelak akan memakan diri.

Oh Melayu!

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Orang Melayu akan berasa marah apabila bangsa lain memperkecilkan bangsa Melayu. Adakah mereka tidak sedar yang perlakuan mereka sendiri yang menjadikan situasi seperti ini berlaku? Dan mungkin penulisan aku kali ini akan dikritik? Entah. Berserah jelah.

Atau mungkin akan ada yang mengatakan aku sebagai orang Melayu hanya mencari salah orang Melayu? Tidak sama sekali, bukan tujuan sebenar aku. Aku nak bangsa Melayu sendiri sedar kenapa bangsa Melayu ini ibarat dipandang lemah oleh bangsa lain di Malaysia. Lihat sahaja penyatuan antara orang Melayu dengan Melayu. Apakah realiti yang anda lihat? Sudah tentu akan ada sifat iri hati, santau keparat. Anda cuba nak nafikan lagi? Boleh nafikan perkara atau sifat ini tidak ada dalam diri masyarakat Melayu? Aku rasa pasti akan ada yang bersetuju walaupun hanya minoriti.

Mungkin apa yang aku kupas sempit. Akan tetapi jika aku kupas lebih-lebih ada sahaja yang mengkritik. Kita lihat dari sudut yang lain, di sekolah Melayu. Sememangnya, para pelajar dididik untuk menghormati majlis. Jika ada tetamu kehormat datang ke sekolah pasti akan ada guru-guru menyuruh pelajar-pelajar menjaga kelakuan. Pung pang pung pang cikgu akan menyuruh pelajar agar mengikuti protokol yang telah ditetapkan agar tetamu tidak memperlekeh sekolah. Ha, hal ini aku tak dapat nafikan, waktu sebeginilah para pelajar akan cuba sebaik mungkin untuk menjaga nama baik sekolah.

Bergerak kepada waktu perhimpunan pagi, para pelajar diminta untuk mendengar arahan daripada pengacara majlis yang bertugas. Pengacara majlis akan membacakan teks  seperti ini, "Rakan pelajar dan guru dibenarkan duduk." Percaya atau tidak sebelum arahan yang dibacakan oleh pengacara majlis itu tadi, guru-guru telah pun duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Di mana letaknya contoh yang seharusnya ditunjukkan kepada pelajar? Sewaktu perhimpunan, pelajar diminta mendengar apa yang disampaikan oleh guru, tetapi guru-guru lain yang berada di belakang apa yang mereka lakukan? Apa yang ditulis ini bukanlah mempertikaikan kewibawaan guru-guru, tetapi persoalan yang harus kita fikirkan bersama untuk mencari resolusi bagi menyelesaikan permasalahan ini. 

Mungkin selepas membaca penulisan ini, ada yang akan peka terhadap keadaan yang berlaku. Penulisan ini berfokus kepada sekolah adalah kerana pembentukan anak muda adalah berasal daripada sekolah. Mereka banyak menghabiskan masa di sekolah. Jadi sedikit sebanyak mereka akan terpengaruh dengan apa yang ditunjukkan oleh guru-guru.