Buscar

Masbuk Solat

Permasalahan yang selalu ditimbulkan adalah sama ada makmum yang menyertai imam ketika sedang rukuk itu dapat satu rakaat bersama imam atau tidak.

Mari kita lihat hadith-hadith nya.
Riwayat/atsar/hadith yang berkaitan:

1 – “Dari Zain bin Wahab: Saya keluar bersama Abdullah (Ibnu Mas’oud) dari rumahnya menuju ke masjid. Ketika kami sampai di tengah-tengah masjid, imam sedang rukuk maka Abdullah (Ibnu Mas’oud) bertakbir dan ruku, saya pun rukuk bersama beliau. Kemudian kami berjalan sambil rukuk sehingga sampai ke saf, (setelah sampai ke saf) jamaah sedang mengangkat kepala mereka untuk berdiri (berdiri i’tidal). Setelah Imam selesai solat, saya berdiri kerana menganggap bahawa saya belum mendapat (terlepas satu) rakaat. Maka Abdullah (Ibnu Mas’oud) menarik tangan saya dan menahan saya agar tetap duduk. Lantas (setelah selesai solat) beliau berkata: Sesungguhnya engkau mendapat rakaat.”(Hadith Riwayat Abi Syaibah, lihat: al-Mushannaf, 1/99/1-2. Aburrazak, 11/283, 3381. at-Thahawi, dalam Syarah al-Ma’ani, 1/231-232. at-Thabrani, dalam al-Mu’jam al-Kabir, 111/32/1. al-Baihaqi dalam as-Sunan, 11/90-91, dengan sanad yang sahih)

2 – “Telah menceritakan kepada kami, Muhammad bin Nasr (beliau berkata): Telah menceritakan kepada kami Harmalah bin Yahya, telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahab dan mengkhabarkan kepada saya dari ‘Ata’ bahawa ia (‘Ata’) mendengar dari Ibnu Zubair, beliau berkata di atas mimbar: Apabila seseorang antara kamu masuk ke masjid, sedangkan para makmum sedang rukuk, kemudian ia berjalan sambil rukuk sehingga masuk ke dalam saf solat, maka sesungguhnya (perbuatan/amalan) yang demikian itu adalah amalan sunnah (bertepatan dengan sunnah).” (Dikeluarkan oleh at-Thabrani. Lihat al-Awsat, 1/33/1, dan Mu’jam as-Saghir. Lihat: al-Mushannaf 11/284/3386 oleh Abdurrazak. Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya, no. 1571. al-Hakim, 1/214 dan menurut beliau sahih, bertepatan dengan syarat Bukhari dan Muslim. Dan disepakati oleh az-Zahabi. Al-Baihaqi, 11/106. Menurut Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani: Harmalah adalah Tsiqah, dia merupakan perawi Bukhari dan Muslim. Dan menurutnya sanad hadith ini sahih)

3 – Dari Uthman bin al-Aswad: “Aku masuk bersama Abdullah bin Tamim ke masjid. Maka Imam terus rukuk, aku dan Abdullah bin Tamim pun rukuk, kami berjalan sambil rukuk hingga masuk ke dalam saf. Ketika solat telah selesai, Amr bertanya kepadaku: Yang engkau lakukan tadi dari siapa engkau mendengarnya? Aku menjawab: Dari Mujahid. Ia berkata: Sesungguhnya aku melihat Ibnu az-Zibair melakukan seperti itu.” (Dikeluarkan oleh Abi Syaibah dengan sanad yang sahih. Rujuk: Mushannaf, 11/284. Abdul Razak. Rujuk: Irwa’ul Ghalil, no. 110, al-Albani)
4 – Dari Abu Bakrah bin Abdur Rahman bin al-Harith bin Hisyam, “bahawa Abu Bakr as-Siddiq dan Zaid bin Tsabit masuk masjid ketika imam sedang rukuk. Maka beliau berdua pun rukuk sambil berjalan masuk ke saf.” (Hadith Riwayat al-Baihaqi, 11/90. Menurut Sheikh al-Albani para perawinya tsiqah)

5 – Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif: “Sesungguhnya ia melihat Zaid bin Tsabit masuk masjid ketika imam rukuk, maka beliau pun berjalan sambil rukuk dengan harapan sampai ke saf. Oleh yang demikian beliau bertakbiratul Ihram dan beliau pun terus rukuk, kemudian beliau berjalan sambil rukuk sehingga sempat sampai ke saf.” (Hadith Riwayat al-Baihaqi, 11/9083/106 dengan sanad yang sahih)
Kesimpulan:
Solat Jama'ah di K.BBerdasarkan hadith-hadith yang jelas di atas, makanya, makmum yang masbuk ketika imam dalam keadaan rukuk, adalah rakaat tersebut diambil kira sebagai satu rakaat.
Bagaimana Dengan Hadis Yang Mengandungi Larangan Seperti Ini:
Terdapat sebahagian kaum muslimin yang mempertahankan pendapatnya, bahawa seseorang yang masbuk di ketika imam sedang dalam keadaan rukuk maka dia tidak mendapat rakaat kerana masuk ke saf dalam keadaan imam sedang rukuk dan tertinggal al-Fatihah. Mereka berpegang dengan Hadith Nabi s.a.w. berikut:
“Siapakah yang tadi rukuk di belakang saf kemudian sambil berjalan menuju ke saf? Abu Bakrah menjawab: Aku. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Semoga Allah menambahkan kepadamu semangat menjaga ibadah, dan janganlah engkau ulangi lagi.” (Hadith Riwayat Abu Daud, Ahmad, al-Baihaqi, at-Thahawi, dan Ibnu Hazm)
Jawaban/Bantahan Kepada Pendapat Tersebut:
Adapun yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith tersebut adalah agar Abu Bakrah tidak mengulangi perbuatannya yang tergesa-gesa atau terburu-buru untuk bersama imam. Kerana apa yang dimaksud dan dikehendaki oleh Abu Bakrah ialah agar beliau sempat bersama imam dalam rakaat-rakaat yang terawal.
Dengan ini, bukanlah perbuatan tersebut dilarang iaitu bagi sesiapa yang masuk ke dalam saf dalam keadaan berjalan untuk mendapat rakaat berama imam kerana larangan Rasulullah ialah agar tidak terburu-buru atau tergesa-gesa menuju solat setelah imam sudah memulakan solat.
Sebab-sebab Timbulnya Larangan:
Solat Jama'ah di Stadium KB
Persoalan ini dapat difahami berdasarkan hadith ini, “Abu Bakrah pernah sampai di masjid ketika Nabi s.a.w. sedang dalam keadaan rukuk. Maka Nabi s.a.w. mendengar suara sandal (langkah) Abu Bakrah yang sedang berlari-lari ingin mendapatkan rakaat solat bersama Nabi. Ketika Nabi selesai solat, baginda bersabda:
“Siapa tadi yang berlari-lari (menuju ke saf)? Abu Bakrah menjawab: Aku. Maka Nabi s.a.w. bersabda: Semoga Allah menambahkan kepadamu semangat untuk menjaga ibadah maka janganlah engkau ulangi lagi.” (Hadith Riwayat Ahmad, 5/42. Rujuk: Sahih Ibnu as-Sakan)
“Dari Abu Bakrah, beliau berkata: Aku sampai ketika Rasulullah s.a.w. sedang rukuk. Sesungguhnya perasaanku memaksa diriku agar tergesa-gesa, lalu aku rukuk di belakang sebelum sampai ke saf.” (Hadith Riwayat Ahmad, 5/45)
Pengakuan Abi Bakrah di dalam hadis ini ialah bahawa beliau tergesa-gesa (berlari-lari untuk ke saf), maka yang dilarang oleh Rasulullah ialah perbuatan tergesa-gesa (sambil berlari-lari) menuju ke saf solat. Dan bukannya perbuatan rukuk sambil berjalan tersebut. Penjelasan ini dapat difahami dari hadith seterusnya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jika kamu mendatangi solat, maka janganlah kamu mendatanginya dengan berlari-lari (sebaliknya) wajib bagi kamu mendatanginya dengan tenang dan tidak terburu-buru.” (Muttaqun ‘Alaihi (H/R. Bukhari & Muslim))

Cara Sujud yang Betul

Masih ramai umat Islam yang sujudnya tidak betul atau tidak memenuhi kehendak rukun sujud. Jika kita ke masjid atau di mana-mana tempat solat didapati terdapat mereka yang tidak bersujud dengan betul, lebih-lebih lagi pada kedudukan jari kaki mereka.
Tidak kira usia tua atau muda kesalahan ini masih berlaku.


Berhati-hatilah  dengan rukun-rukun solat kerana dibimbangi solat yang kita lakukan bertahun-tahun rupanya tidak sah dan tidak diterima pahalanya oleh Allah akibat kejahilan kita dalam melaksanakan ibadat sembahyang dengan betul.


Oleh itu, sentiasalah belajar dan menghadiri kuliah-kuliah yang dianjurkan oleh masjid atau di mana jua. Jangan kita hanya belajar melalui "ikut-ikut" atau "tengok-tengok" sedangkan orang yang kita "ikut" itu belum tentu betul caranya. Bergurulah dengan mereka yang alim dan janganlah kita lebih rela menghabiskan masa menonton rancangan hiburan daripada belajar Agama di masjid. "Sesungguhnya penyesalan di akhirat nanti  tidak akan berguna".


Sabda Rasulullah SAW: “Aku diperintahkan supaya sujud di atas tujuh tulang (yakni tujuh anggota) iaitu; dahi –baginda menunjukkan dengan tangannya ke atas hidungnya-, dua tangan, dua lutut dan jari-jari dari dua kaki…”
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Sujud yang sempurna mestilah dilakukan dengan 7 anggota. dalam mazhab syafie, dahi mesti ditekan di tempat sujud, diletakkan sebetulnya dan menekan dahi di tempat sujud telah termasuk di dalam syarat sah sujud

Kedudukan hujung jari kaki

cara meletakkan hujung jari kaki ialah dengan melipat hujung jari kaki kita semasa sujud. minimum ialah dengan satu jari kaki yang betul kedudukannya. jika jari kaki tidak dillipat, tidak diletakkan dengan betul, solat kita boleh batal kerana ia merupakan anggota wajib. bagi mereka yang boleh meletakkan jari kaki dengan betul, hendaklah melakukannya dan bagi mereka yang mungkin sudah berusia dan sukar melipat jari kaki, lakukanlah sekadar kemampuan

Meletak hidung di tempat sujud

dalam mazhab syafie, makruh hukumnya jika kita sujud dalam keadaan tidak merapatkan hidung di tempat sujud. justeru itu, seeloknya kita sujud dalam keadaan meletakkan atau merapatkan hidung di tempat sujud. ini berdasarkan hadis yg menyuruh kita bersujud di atas 7 anggota.

Kedudukan muka ketika sujud
ada hadis nabi yang menyebut bahawa baginda meletakkan wajahnya di antara kedua-dua tangannya semasa sujud (abu daud)

Merenggangkan tangan semasa sujud
ada hadis bukhari muslim bahawa Nabi Muhammad SAW merenggangkan kedua belah tangannya daripada sisinya/rusuknya/lambungnya sehingga kelihatan putih ketiak baginda

Mengangkat siku
ada hadis riwayat muslim bahawa nabi memerintahkan meletakkan kedua telapak tangan dan mengangkat siku

Merapatkan jari semasa sujud
ada hadis al-baihaqiy bahawa Nabi Muhammad SAW apabila rukuk, baginda membuka/merenggangkan jarinya dan apabila sujud baginda merapatkan jarinya

Susunun Saf yang Betul

SOLAT BERJAMAAH-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut.

Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya  – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.

2 – Meratakandan meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, (Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.

Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.
 Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat.  Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah S.A.W. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri.

Betul – Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)

Salah – Kaki tidak lurus ke hadapan


3 – Menutup ruang/celahan di antara saf atau barisan.
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki Syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya  – Petikan Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.

Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, Demi jiwaku yang ada di tanganNya, aku melihat Syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.

4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baikdan betul.

Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi ), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian  – Petikan dari Hadis Riwayatkan oleh Muslim.



Kedudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi 

Kedudukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini