Buscar

Susunun Saf yang Betul

SOLAT BERJAMAAH-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 – Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut.

Dari Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya  – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.

2 – Meratakandan meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, (Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.

Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.
 Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat.  Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah – Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah S.A.W. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri.

Betul – Kaki diluruskan ke arah hadapan (Kiblat)

Salah – Kaki tidak lurus ke hadapan


3 – Menutup ruang/celahan di antara saf atau barisan.
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki Syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya  – Petikan Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.

Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, Demi jiwaku yang ada di tanganNya, aku melihat Syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud.

4 – Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baikdan betul.

Dari an-Nu’man bin Basyir: beliau berkata, “Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi ), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian  – Petikan dari Hadis Riwayatkan oleh Muslim.



Kedudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi 

Kedudukan/Susunan Saf Yang Salah yang mana banyak terjadi di sekeliling kita Masa ini