Buscar

Maksud Cibai yang Korang Selalu Guna

Cibai adalah kata makian yang wujud di dalam perbualan sehari-hari dalam kalangan rakyat Malaysia, Singapura dan Indonesia. Perkataan ini merupakan perkataan Hokkien (bahasa Cina: POJ: chi-bai) yang bermaksud faraj namun telah digunakan oleh kebanyakan kaum lain di Malaysia dan Singapura melalui pergaulan antara berlainan etnik.
Selain membawa maksud "faraj", cibai juga bermaksud "sial". Ia bermaksud demikian ketika seorang merasa marah atau kecewa dengan sesuatu kejadian. Cibai juga turut digunakan untuk merujuk kepada perempuan di dalam perbualan pada kebiasaannya di kalangan kaum lelaki.
Cibai turut digunakan bersama perkataan Hokkien lain untuk menambah kemarahan mereka yang menerima makian. Berikut adalah gabungan antara perkataan cibai dengan perkataan lain:
  • Chau cibai - bermaksud "faraj busuk"
  • Cibai bin - bermaksud "muka faraj" atau bahasa kasarnya "muka puki"
  • Cibai kang - bermaksud "lubang faraj" atau bahasa kasarnya "lubang puki"
  • Nimbu e Cibai - bermaksud "faraj mamakmu" atau bahasa kasarnya "puki mamakmu"

0 comments:

Post a Comment