Buscar

Puisi 9 : Impian

Terkadang aku sendiri tidak tahu apa yang aku inginkan,
aku duduk termenung sendirian,
kalaulah kejayaan itu akan hadir tanpa usaha,
aku pasti sudah ramai yang berjaya.

Begitulah juga dengan impian,
impian takkan dapat dicapai dengan sendiri,
ia takkan datang bergolek begitu sahaja,
perlu adanya usaha dalam sesuatu perkara.

Impian ini bukanlah sesuatu yang samar,
ia perlulah suatu yang nyata,
jika samar impian kau,
samar jugalah apa yang kau akan capai.

1 comments:

akie_4914

impian
impian itu indah
seindah pelangi sebalik awan
Sebalik 7 warna petala pertama
Petala tak berdinding
Dinding itu pun tak habis teroka
Teroka kepada Pencipta
Pencipta ada tapi tak di mata
Mata yang tinggi pixelnya
Pixel bayang sempurna rupa
Rupa yang punya akal
Akal untuk berfikir
Fikir sejenak
Sejenak mengimpi
impikan impian
impian

Post a Comment