Buscar

Coretan Hati 2

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah aku dapat melanjutkan pelajaran ke USIM dalam jurusan Syariah dan Undang-undang yang kini telah dinamakan semula kepada Undang-undang dan Syariah setelah memperoleh keputusan yang memberansangkan dalam STPM dulu. 

Apa yang mencabar buat aku apabila melangkah ke alam universiti ini adalah kuliahnya disampaikan dalam Bahasa Arab. Aku bukanlah tidak faham sangat apa yang disampaikan memandangkan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 aku mempelajari Bahasa Arab. Tapi yang menjadi masalah buat aku adalah untuk berinteraksi dengan ustaz dalam Bahasa Arab. Memang gigih nak susun ayat. 

Buat masa ni tu je aku nak kongsi. Moga sesiapa yang membaca dapat mendoakan kesejateraan dan kekuatan untuk aku berada di sini selama 5 tahun.

 

Puisi 12 : Kehilangan



Seseorang itu akan hadir tanpa diduga,
Pergi turut tidak diduga,
Lalu mengapa hati ini tidak merasa,
Perginya insan itu seakan tiada apa.

Namun kehilangan itu tetap dapat kurasakan,
Cuma ia hadir terlalu perlahan,
Seakan ia mempersendakan perasaanku,
Sungguh tidak tertahan rasa hatiku.

Oh Tuhan, bagaimana untuk aku padamkan rasa ini,
Kenangan bersamanya masih bermain di fikiran ini,
Telah berkali aku menafikan ia tetap bermain,
Bermain menggangu fikiran dan perasaan.

Puisi 11 : Luka di Hati



Hati ini mungkin mudah untuk kau takluki,
Namun ianya amat sukar untuk diubati,
Apakah ada ubat buat hati ini,
Sungguh aku rasa ia perlu diubati.

Mereka kata luka di luar mudah diubati,
Tetapi mengapa tidak luka di dalam,
Luka pada anggota perlukan ubat,
Bagaimana pula luka di hati?

Persoalan ini masih bermain di fikiran,
Adakah luka di hati amat sukar diubati,
Adakah ianya perlukan ubat,
Atau sekadar memaafkan dan melupakan.

Puisi 10 : Memori

Hari ini kita mampu untuk melihat,
kita mampu untuk berjalan,
malahan apa yang kita lihat itu kekal di ingatan,
amat sukar untuk dilupakan.

Benar kata sebilangan orang,
mereka yang hadir silih berganti,
namun memori itu akan tetap bermain di fikiran,
biarpun orang baharu hadir sebagai ganti.

Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,
kerana mereka itu adalah sesuatu yang membuatkan kita kuat,
kuat menghadapi hari mendatang,
dan mungkin menjadikan kau seorang yang keras.