Pembukaan Bagi Tahun 2013
Assalamualaikum pembaca sekalian, setelah sekian lama saya mendiamkan diri. Akhirnya, dapat juga saya berkongsi ilmu saya yang serba kekurangan ini. Maafkan saya sekiranya anda menunggu post saya yang terbaru. InsyaAllah pada tahun ini, blog saya akan kembali aktif dengan post-post yang bermanfaat.
Arah Pandangan Mata Ketika Solat
Ada dalil yang menggalakkan ketika solat, kita disunatkan menundukkan wajah melihat ke tempat sujud semasa berdiri. Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Hakim : "Adalah Rasulullah s.a.w. menundukkan kepala Baginda dan melontarkan pandangan ke bumi (tempat sujud)."
Dalam hadis lain : "Dan tatkala Nabi s.a.w. memasuki Kaabah, Nabi tidak mengangkat pandangan matanya dari tempat sujud sehinggalah Baginda keluar darinya." (Riwayat Abu Daud dan Ahmad).
Imam Sufyan al-Thawri, Abu Hanifah dan al-Syafi'i berpendapat bahawa lebih elok menumpukan pandangan mata ke arah tempat sujud. Manakala ijtihad Imam Malik dan Ibn al-Arabi al-Maliki menagatakan lebih elok memandang ke arah hadapan dan bukannya tempat sujud.
Namun, walaupun dalil-dalil yang dikemukakan ini sahih dari sudut kefahaman iaitu keperluan melihat tempat sujud. Maksu 'menundukkan kepala' dalam hadis ini tidak semestinya memandang tempat sujud dan hadis kedua pula tidakdijelaskan secara terang ia dilakukan ketika solat. Ia hanya menyebut ketika Nabi memasuki Kaabah dan bukannya ketika solat.
Setela diteliti hadis-hadis yang terdapat dalam bab ini, maka dapat difahami bahawa matlamat asas daripada tindakan melihat tempat sujud ini adalah untuk :
- mendatangkan khusyuk
- menghilangkan ganguan luar dan menfokuskan perhatian terhadap solat
- menimbulkan rasa rendah diri ketika solat
- membezakan keadaan antara orang yang sedang dalam solat dan di luar solat
- menghilangkan rasa sombong
Hadis berikut menyokong kepada kesimpulan :
"Tidak sepatutnya terdapat dalam rumah orang yang menunaikan solat sesuatu yang boleh menggangu dan menyibukkan (permikiran dan kekhusyukannya ketika solat)." (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Selain itu, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini iaitu tidak memfokuskan pandangan) kerana Allah s.w.t. mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang solat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke arah lain." (Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud)
Kesimpulanya, digalakkan untuk semua menunundukkan pandangan mata, sama ada ke tempat sujud atau lainnya semasa solat, namun tidaklah sampai tahap wajib.
Labels:
Keagamaan
Disebalik Wujudnya Kewajipan Solat
Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah
didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar
dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya
sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.
Baginda bersabda
lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai
ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang
masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.
Baginda
bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan
sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar,
secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu
oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah
memilih fitrah.
Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit.
Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara
bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi:
Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya
lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah
diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan
Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.
Seterusnya
aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan
pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:
Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s
menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan?
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan
kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin
Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku
dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan
pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:
Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s
menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan?
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan
kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah
dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan
mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku dibawa lagi naik ke langit
keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara
bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya
lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s
ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia
telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu
dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan
kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat
ke tempat yang tinggi darjatnya.
Aku dibawa lagi naik ke langit
kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara
bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya
lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s
ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia
telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu
dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan
kebaikan.
Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s
meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah
engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah
bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi:
Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah
diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan
Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.
Aku
dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya
dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:
Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s
menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan?
Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan
kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang
berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari
memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak
kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha.
Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar
tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau
kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang
pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.
Lalu
Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat
lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi
Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu
kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s
berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu
tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan
memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada
Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku.
Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.
Baginda
kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima
waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu
melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi.
Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan
Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai
Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam.
Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang
demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat
fardu.
Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan
kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu
kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan
baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan,
tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya.
Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan
baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku
memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada
Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak
berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya.
(HR Muslim)
Labels:
Keagamaan
Pengenalan Usrah
Pada
peringkat awal permulaan da'wah Islamiyah, RasuluLlah SAW yang telah
bermula dengan seorang diri. Lalu ia dikongsikan dan disebarkan kepada
keluarganya terapat, di dalamnya termasuk Khadijah, zaujah baginda dan
Ali, anak saudaranya. Selain dari itu, beberapa sahabat Rasulullah yang
terapat juga telah disampaikan dengan risalah agung ini, contohnya Abu
Bakar as-Siddiq dan datang daripadanya pula Uthman bin Affan, Abdul
Rahman bin Auf dan lain-lain lagi.
Zaman awal tersebut merupakan suatu zaman yang tertumpu kepada penjernihan fikrah; penjernihan aqidah Islam kepada yang tulen. RasuluLlah SAW pada ketika itu banyak berjumpa dan mengajar sahabat-sahabatnya yang baru memeluk Islam, tetapi suasananya penuh dengan kerahsiaan. Sebabnya mudah; kaedah da'wah yang dilakukan adalah da'wah fardiyah dan setiap orang ingin menjaga keselamatan masing-masing.
Ayat-ayat yang paling awal diturunkan pula pendek-pendek. Mesejnya jelas. Setiap hentian membawa seseorang kepada memikirkan keindahan ayat-ayat tersebut. Rentaknya pula sangat kena dengan hati yang berkarat, yang dipenuhi dengan anasir jahiliyah. Apa yang kita dapat perhatikan ialah kebanyakan ayat tersebut berada di dalam bahagian Mufassal al-Qur'an (dari Qaf, 50 hingga an-Nas, 114). Isinya tidak lain dan tidak bukan untuk membersihkan pemikiran manusia dari cengkaman keindahan hidup yang merosakkan, agar mereka mengetahui tujuan hidup mereka, ke mana mereka akan dikembalikan, siapakah tuhan mereka dan persoalan-persoalan asasi yang perlu diketahui oleh makhluk yang bernama manusia (juga jinn).
Dalam konteks tersebut, Rasulullah telah membuat pertemuan-pertemuan di rumah beberapa sahabat. Antara yang paling masyhur sekali kisahnya ialah pertemuan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Satu majlis yang kecil yang terdiri daripada beberapa orang sahabat tertentu dibuat untuk membentuk nilai-nilai Islamik ahlinya. Tetapi, pada ketika itu ia tidak disebut sebagai usrah.
Selepas berlalunya zaman tersebut, Islam kembali menjadi asing. Suatu janji yang disebutkan sendiri oleh RasuluLlah SAW: "Islam datang dalam keadaan gharib (asing) dan akan kembali menjadi gharib (asing)..." (Muslim). Dan kita melihat jahiliyyah kembali berleluasa, lagi-lagi ia berlaku dengan lebih rancak lagi setelah kejatuhan Khilafah Islamiyah yang terakhir pada tahun 1924M.

Hassan al-Banna (1906-1949) yang
menyedari hakikat ini telah memulakan usaha-usaha untuk mengembalikan
sistem Khilafah tersebut. Antara perkara yang diperhatikan ialah
bagaimana institusi keluarga itu telah gagal di dalam membentuk peribadi
muslim yang tulen. Ibu bapa gagal mendidik anak-anak mereka dengan
tarbiyah Islamiyah yang betul. Maka dari situ, lahirlah satu sistem yang
mengumpulkan orang-orang yang ingin berubah dan mengubah di dalam satu
kumpulan khusus bernama usrah.Usrah (baca: keluarga). Kenapa? Kerana ia bertujuan membawa fungsi membentuk individu muslim dengan tarbiyah Islamiyah yang tulen kepada ahlinya sementara institusi keluarga (baca: usrah) yang sebenar belum dapat menjalankan fungsi tersebut dengan baik. Ketuanya (baca: naqib) umpama seorang bapa. Ahlinya yang lain umpama anak-anak. Seorang naqib memainkan peranan yang sangat penting sebagai bapa untuk menjaga kebajikan ahlinya, seorang syeikh dalam memberi pengisian ruhiyah, seorang ustaz di dalam mendidik dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, dan seorang qiyadah di dalam memberi arahan yang perlu dilaksanakan.
Hasilnya ialah, sistem usrah itu bertujuan menjadi salah satu daripada wasilah tarbiyah untuk memndidik dan membina individu-individu muslim yang tulen lagi "tegar". Dan perkara ini hanya akan terhasil setelah menepati rukun-rukun usrah yang ada: (1) Ta'aruf, iaitu saling berkenalan sesama ikhwah hingga sampai tahap mengenali potensi dan kelemahan setiap individu di dalam kumpulan tersebut, (2) tafahhum, saling memahami hingga seorang akh itu dapat menegur dan ditegur oleh akh yang lainnya, dan (3) takaful, lalu memenuhi seruan Rasul; "Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan".
Akhirnya, usrah yang berkesan itu adalah usrah yang mendapat partisipasi dari hebat dari ahlinya di samping bimbingan dan panduan yang mantap dari naqibnya. Tanpa kedua-dua ini, tidak mungkin wujud usrah yang muntijah.
Labels:
Keagamaan
April Fool?
Pelbagai versi yang kita dengar
apabila berbicara mengenai sejarah April Fool. Ade yang mengaitkan
sejarah April Fool dengan Tragedi berdarah Granada umat Islam di
Sepanyol yang berlaku pada 1 APRIL 1847 MASIHI yang dikenali sebagai
“The April Fool Day” oleh golongan Kristian dan pelbagai versi lain
yang dikaitkan dengan sejarah April Fool. Namun apa yang ingin
ditekankan disini bukanlah mengenai sejarah APRIL FOOL, tetapi adalah
mengenai budaya APRIL FOOL yang jelas bertentangan dengan ajaran islam
yang mana Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bersifat jujur dalam
kehidupan.
Apabila
membicarakan mengenai April Fool’s Day, mereka atau golongan-golongan
yang meraikan hari tersebut tidak dapat tidak lari daripada terlibat
dengan unsur penipuan yang mana ianya merupakan salah satu sifat
mazmumah atau sifat yang buruk yang dilarang dalam Islam.
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut :
Menipu
adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia
yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan.
Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri :
“Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah”. [HR
al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah
SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan
menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa
yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya,
kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
“Seseorang
itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan
penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat
walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian
hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada
menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang
Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :
- Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
- Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
- Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
- Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Penipuan
adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam
kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan.
Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu
bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai
helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu
maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif
daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.
Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang
yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik,
walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu
Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas
hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika
perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan
perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan
perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di
dalam kehidupan. [Islamonline. net]
Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834
Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:
Penipuan
adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan
adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti
mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari
yang lain.
Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda (bermaksud): “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”
Diantara
yang lain pula adalah fatwa dari Syaikh Muhammad ibnu Shalih ibnu
Utsaimin yang menyebut mengenai perkara: “Berbohong walaupun dalam
keadaan bergurau”. Berbohong tidak dibenarkan sama ada bergurau atau
serius kerana ia merupakan akhlak yang dicela yang mana tidak bersifat
dengan sifat ini melainkan munafiq. Amat menyedihkan apabila kita
banyak mendengar sebahagian manusia membahagikan perbohongan kepada 2
bahagian : ‘bohong putih’ dan ‘bohong hitam’. Apabila timbulnya
mudhorat seperti memakan harta atau sikap melampaui batas atau yang
seumpamaannya maka menurut mereka itu adalah bohong hitam. Apabila
tidak ada unsur-unsur seperti itu maka ia adalah bohong putih.Ini
adalah pembahagian yang batil. Bohong semuanya hitam. Namun ia
bertambah hitam setiap kali ia mendatangkan mudhorat yang lebih besar.
Sempena
topik ini saya ingin mengingatkan saudara saya umat Islam agar
menghindarkan diri daripada apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia
yang tidak cerdik dengan apa yang dipanggil ‘April Fool’ yang saya rasa
tidak lama lagi. Pembohongan seperti ini yang diambil daripada orang
yahudi, nasrani,majusi dan orang kuffar. Kemudian disamping ianya adalah
dusta dan pendustaan adalah haram menurut syara’, ianya perbuatan yang
menyerupai orang bukan Islam. Menyerupai bukan Islam adalah haram.
Baginda telah bersabda:
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian daripada mereka”.
Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiah: Sanadnya Jayyid.
Kedudukan yang paling minima adalah haram walaupun zahirnya membawa
erti kekufuran orang yang menyerupai mereka (golongan kuffar).
Pembohongan (April fool) ini disamping ianya mengandungi dua larangan
tersebut, ia juga menjatuhkan martabat seorang muslim di hadapan
musuhnya. Ini kerana sudah sedia maklum pada tabiat kejadian manusia,
orang yang ditiru perbuatannya akan berbangga ke atas orang yang meniru
dan dia merasakan bahawa dirinya lebih kehadapan daripada orang yang
meniru perbuatannya oleh kerana si peniru menjadi lemah sehingga
sanggup menjadi orang yang meniru. Oleh itu pembohongan dalam april
fool ini merupakan penghinaan terhadap orang mukmin kerana dia menjadi
rendah diri dan mengikut orang-orang kuffar.
Kebanyakan daripada pembohongan ini adalah jijik , mengandungi
perbuatan memakan harta secara batil atau menakutkan muslim yang lain.
Barangkali dia berbohong mengatakan kepada orang lain: akan datang
tetamu hari ini. Lalu orang tadi memasak makanan yang banyak, lauk
daging dan seumpamanya. Barangkali juga dia bergurau dengan perkara
yang menakutkan orang lain seperti katanya: penjaga kamu dilanggar
kereta dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang tidak dibenarkan
walaupun bukan pada situasi ini. Hendaklah seorang muslim bertaqwa
kepada Allah, berbangga dengan agamanya dan memandang tinggi terhadap
agamanya supaya musuh umat Islam gerun kepadanya dan menghormatinya.
Labels:
Keagamaan
Sutrah dalam Solat
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :
"Sekiranya seorang yang melalui di hadapan orang yang bersolat itu mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat), nescaya untuk berhenti selama 40 tahun adalah lebih baik baginya daripada meneruskan lalu di hadapan orang solat ini," Berkata perawi : "Aku tidak pasti ada nabi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun." (Riwayat al-Bukhari)
Sutrah : Hikmah dan Falsafah
- Sutrah bermaksud sesuatu objek yang dijadikan sebagai sempadan kawasan solat, ataupun sebagai penghadang. Sutrah boleh menggunakan apa-apa objek di depan arah kiblat seperti batu, tongkat atau tiang dan boleh juga dengan membuat satu garisan.
- Hikamahnya adalah bertujuan unutk memusatkan pemikiran orang yang sedang solat, tanpa diganggu dengan lalu-lalang orang lain. Selain itu, ia bertujuan memberi tanda bahawa orang itu sedang solat.
- Jarak antara kak dan sutrah adalah kira-kira tiga hasta (siku sampai hujung jari tengah) termasuk ruang untuk sujud.
- Sutrah disyariatkan baik bagi solat secara berjemaah dan juga solat secara sendirian di rumah. Juga bagi solat sunat seperti Rawatuib, solat Dhuha, solat Tahiyatul Masjid dan lain-lain.
- Dalam solat berjemaah, sutrah adalah di hadapan imam. Sutrah makmum mengikuti sutrah imam, maka dibolehkan melintasi makmum apabila ada keperluan (contohnya batal wudhuk)
Dalil:
- Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu inign bersolat, hendaklah ia meletakkan di hadapanya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Sekiranya tiada buatlah garisan kemudian tiada lagi mudarat bagi sesiapa yang melalui di hadapanya." (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Hibban)
- Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu telah meletakkan sesuatu di hadapannya sepeti pelana pejalan, maka bersolatlah, serta tidak perlu lagi memperdulikan sesiapa yang bejalan di belakang halangan tadi." (Riwayat Muslim dan al-Tirmizi)
Secara kesimpulannya, para ulama bersepakat bahawa meletakkan penghadang di hadapan ketika solat adalah sunat, tidak sampai ke tahap wajib. Namun jika dilihat kepada tujuan meletakkan sutrah ini, ternyata ia merupakan bentuk perkara sunat yang dituntut.
Labels:
Keagamaan
Detik Terakhir
Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata:
"Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah
r.a
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air
matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga
Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu,
agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu.
Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."
"Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di
akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat
kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."
Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."
Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Salah seorang ahli bait."
Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."
Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis. Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."
SEMAKIN TENAT
Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?" Kemudian dia berkata lagi: "Assolah yarhamukallah." Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit."
Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah saw bersabda: "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.
Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?" Siti Fatimah menjawab: "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."
Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.
Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."
MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU
Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw, Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!" Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?" Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?" Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma." Rasulullah saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?" Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah saw menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur. Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut." Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah." Rasulullah saw pun menjawab: "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang." Rasulullah saw bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?" Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggal dia di langit dunia." Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw. Maka bersabdalah Rasulullah saw: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?" Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."
KETIKA SAKARATUL MAUT:
Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?" Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu." Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?" Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu." Baginda saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?" Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti." Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku." Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?" Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?" Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu." Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku." Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw. Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?" Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga." Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut." Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?" Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?" Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.
KESEDIHAN SAHABAT
Berkata Anas r.a.: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir." Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata: "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku: Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?"
Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim." Lalu setelah itu dia mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.
Muaz berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan." Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka: "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku." Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula." (Surah Az-Zumar: ayat 30) Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Surah Al-lmran: ayat 144) Maka Muaz pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad."
Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata: "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala." Kemudian dia berkata: "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw." Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."
Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah saw?" Orang tersebut menjawab: "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia." Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz: "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah." Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Muaz menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah." Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi. Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan." Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz." Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a." Setelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh." Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah." Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait."
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata: "Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw." Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Muaz." Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw. (Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)

Subscribe to:
Posts (Atom)