Buscar

Imbas Kembali

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Terkadang aku bertapak tanpa arah tuju, terkadang aku cuba membuat hati berasa gembira, terkadang aku membuat orang ketawa. Namun adakah aku bahagia? Aku sendiri tidak tahu. Jika di dalam kelas aku jarang bersikap pasif. Ada sahaja perkara yang akan aku lakukan untuk memecahkan kesunyian suasana. 

Jika dahulu, rakan-rakan pernah mengatakan aku seorang yang serius ketika proses pembelajaran. Tetapi entah mengapa hari ini, keseriusan aku hilang entah ke mana. Ini bukan bermakna aku tidak fokus. Cuma aku merasakan kelainan ketika aku belajar. Mungkin sudah ada perempuan di dalam kelas? Aku rasakan tidak. Memang sikap aku dari dulu memang suka berjalan di dalam kelas. (bukan semua subjek)

Dahulu, aku merupakan seorang pengawas dan merupakan exco dalam badan pengawas sekolah aku. Orang-orang bawahan aku mengatakan aku tegas. Sehinggakan ada yang takut untuk berurusan dengan aku. Hahahaha. Kalau yang paling takut nak menegur aku adalah pengawas perempuan. Aku kalau bab tugas memang aku tegas. Memang tiada kompromi. Lelaki perempuan aku layan sama je. Tulah kot buat diaorang takut dengan aku. Tapi ikutkan aku tang mana tegasnya pun aku tak tahu.

Aku juga bukan seorang yang mudah menerima pendapat orang. (teguran aku boleh terima) Maksud aku semasa perbincangan. Jika ada mesyuarat pasti akan sahaja ketidak puashatian yang aku suarakan. Tidak kisahlah mesyuarat apa sekali pun. Kalau ada cikgu sekali pun aku suarakan. Malah Ketua Pengawas aku dulu pun aku persoalkan apa yang dia kemukakan dalam mesyuarat. Senang cerita, kalau ada perbincangan aku je yang banyak bersuara. Bukan jenis sesetengah orang yang hanya menurut sahaja.

Jika diimbas kembali kenangan persekolahan suatu ketika dahulu, ada sahaja kenangan yang mencuit hati. Tapi apakan daya masa tidak akan berpatah kembali. Kenangan tetap akan menjadi kenangan.

0 comments:

Post a Comment